Perkataan Pertama (His 1st word)


Assalamualaikum,
Hari saja je nak cerita pasal 1st word yang kluar dari zuriat pertama kami sapa lagi kalau bukan Adam Darwisy.Perkataan itu ialah "Tiger" dan semuanya jelas dan di saksikan oleh Abinya,Tok Wan, &Mak Su nya.Ia mungkin kebetulan kerana waktu itu aku sedang membacakan buku bergambar haiwan yang mempunyai perkataan English dan melayu (tulisan jawi) yang kami beli di Sg Petani ,Kedah.
  Selepas pada itu barulah perkatan Umi(me,me,me je bunyinya) dan diikuti dengan Abi (bi bi bi).Dan yang paling menarik sekali dia  akan berbunyi vrooom,vroom bila hendak naik motosikal bersama Tok Wannya.
Bunyi miaawww akan di buat bila dia nampak pusak (kucing jiran sebelah rumah) dan ku'ku bila dia bertanding bunyi dengan terkukur peliharaan Tok Wannya.
  Pada peringkat ini dia akan meniru apa sahaja perbuatan kita sama ada bahaya atau tidak bagi dirinya sendiri.Sbg contoh melompat/memanjat pagar mungkin tidak berbahaya bagi kita tp bagi kanak2 seperti Adam yang berumur 1 tahun 1 bulan agak2 bagaimana?
Sekarang dia dahpun mula mengangkat takbir dan bersujud bersama kami di sejadah walaupun gayanya lebih seperti  orang meniarap tp kami amat gembira dgn perkembangannya.Mungkin ini "explore time" untuk dirinya.
  Akhir kata untuk kali ini anak-anak ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan hidup mereka menurut perspektif Islam yg syumul.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride