Sekolah dan persekolahan merupakan antara agenda utama ibu bapa yang berhijrah ke Qatar. Bagi rakyat Malaysia tiada sekolah komuniti di sini. Jadi pilihan terletak kepada pilihan ibu bapa disamping yuran sekolah yang berpatutan serta lokasi yang berhampiran dengan kawasan kediaman. Yuran sekolah amatlah diluar kotak pemikiran bagi kami yg pertama kali menyekolahkan anak di luar Malaysia walaupun ianya hanya di KG ( Tadika) dan Year 1, yuran boleh mencecah lebih dari Qr18,000 per tahun. Oleh itu periksa had limit yuran persekolahan untuk anak-anak yang disediakan syarikat sebelum memohon sekolah tertentu. Untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar Petroleum bagi tahun 2014 setiap anak layak mendapat Qr 32,000/tahun/seorang. Nampak banyak? Owh tidak, sebab untuk sekolah menengah ( secondary) biasanya ibu bapa akan mengeluarkan sedikit duit tambahan untuk pembayaran yuran. Alternatif lain untuk menyekolahkn anak-anak adalah ke sekolah aliran Pakistan dan India. Yuran mereka biasanya...
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.