Bagaimana Kami Menyambut Aidil Fitri da Qatar
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله dah 3 hari ber"aidilfitri" di bumi Qatar disamping isteri dan anak-anak di sini.Dipermudahkan olehNya untuk pulang dari pelantar minyak Maydan Mahzam pada Hari Raya pertama.
Bermula selepas Magrib dan Isya' tiada takbir dilaungkan.Saya dan seorang rakan Malaysia Mohd Taufik hanya tersenyum sesama sendiri kerana kami ternanti-nanti detik itu semenjak Magrib lagi. : )
Bermula selepas Magrib dan Isya' tiada takbir dilaungkan.Saya dan seorang rakan Malaysia Mohd Taufik hanya tersenyum sesama sendiri kerana kami ternanti-nanti detik itu semenjak Magrib lagi. : )
Takperla sebab keputusannya memang tiada Takbir Raya pada kedua waktu tersebut. Apa yang saya lakukan pergi ke bilik buka you tube pasang Takbir dan bertakbir bersama mereka(orang dalam video tersebut) nak tergelak pun ada sedih pun ada.Apapun Raya dan Kemenangan disambut dimana-mana sahaja.Cara kita sambut "walau lagumanapun" bak kata mak saya asalkan ikut tatacara agama kita adalah baguih.
Esoknya sebelum waktu Subuh dah bergegas ke surau pelantar untuk takbir bersama-sama rakan pelantar. Tetapi apakan daya cuma terdapat 4 orang didalam surau tersebut termasuk saya. Pak Rofiq bertakbir seorang diri dengan agak perlahan tetapi dapat didengar oleh saya,lantas dengan suara agak kuat saya memulakan takbir dan beliau mula mengikuti saya.Waktu tu saya dah tak peduli dah depa nak kata apa kan? Takbir kami didengari oleh "Muttawa" (imam) dan dia memuji alunan takbir itu.
Selesai kami bertakbir bilal melaungkan Azan dan diteruskan dengan solat Subuh.Pada hari itu Waktu Subuh pada pukul 3: 40 am dan dilewatkan sedikit solatnya pada pukul 4:30am.Selesai solat imam mengumumkan solat Sunat Aidil Fitri akan dilakukan pada pukul 5:25 am ~ Mak ai awalnya.
Okla tu dapat bersolat sebelum chopper terbang getus hati ini. Selesai solat kami menjamu hidangan raya berupa Parotta,Beriani,dan Manisan-manisan dan coklat arab.Lemang,ketupat,rendang jangan mimpila kawan hahaha.
Penerbangan yang agak lewat itu membawa kepada suasana yang agak "kureng" sedikit tetapi mengenagkan keluargaku yang menanti di Helipad Doha memberi suntikan semangat baru untuk meyambut lebaran ini bersama mereka.:"Lemang,rendang,biskut makmur,Kek Lapis Sarawak Ummi ada polah Abi "kata si sulong kami ~ Adam. Berbunga-bunga dengar berita tu.
Bahan-bahan rendang ~ Tanpa daun kunyit |
Tambahan bahan untuk Kek Lapis Sarawak |
Tak payah tulis semua orang tahu hehehe |
bersambung nanti....
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.