"Visa On Arrival" di Qatar Tamat Tempoh...Apa Yang Perlu di Lakukan
بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni mmg sejarah dalam hidup yg aku mmg akui bahawa isteriku sumber kekuatanku. Dalam keadaan tidak menentu dan pelbagai permasalahan berlegar didalam kepalaku ketika itu...Pertamanya bateri kereta buat hal, mati dihadapan pejabat imigresen Al Wakrah, datang sahabat yang bernama Rizal Azhar dari Doha untuk "jumper" keretaku. الحمدالله di gerakkan hati olehNya dulu untuk membeli cable tersebut di Lulu tempoh hari. Kemudiannya dan paling utama visa familyku expired, denda QR 200/ hari . Minah kaunter di MOI siap ingatkan aku berkenaan denda tersebut selepas percubaanku yg kesekian kalinya gagal untuk memperbaharui visa tersebut.
Antara tempat yang kami kunjungi untuk memperbaharui visa tersebut
adalah Al Wakrah, Messaimer, dan Air Port Branch berdepan dgn Rotana
Hotel dan Qatar Airways Tower.
Macam mana ni mie?(panggilan
untuk isteriku yg ku kasihi). Sikkan b mok biar kitak org jak transit
di Bahrain? B sik ada dgn kitak org risau juak~ kataku. Dengan tenang
isteriku menjawab "Allah kan ada?" aku hampir menitikkan air mata dgn
jawapannya kerana aku sedar bahawa aku lalai dalam akur kepada Qada' dan
Qadarnya.
Kenapa perlu ke Bahrain? Ceritanya begini, family aku dulu
sampai menggunakan "visa on Arrival" dalam portal kerajaan Qatar terang
menyatakan bahawa boleh disambung sehingga 3 bulan tetapi apa yg berlaku
pada ahli keluarga kami sebaliknya, hanya 2 bulan sahaja. Mana tak
tergamam kami sekeluarga dan kebetulan hari kami ke pejabat imigresen
adalah hari terakhir sebelum visa tersebut tamat. Apa yang dicadangkan
oleh pegawai imigresen tersebut adalah "keluar" dari Qatar kalau tidak
denda.Dalam dok celaru tu datang satu panggilan dari sahabat yg bernama
Shukran yg memberikan satu jalan penyelesaian berdasarkan pengalaman
rakan Malaysia yg berada Doha. Antara cadangan tersebut dan dilalui aku
sendiri ialah:
1. Bawa semua dokumen yg diperlukan. Dalam kes kami ni semestinya pasport.
2. Bawa semua ahli kelurga termasuk anak- anak kecil untuk menunjukkan bahawa kita mmg perlukan bantuan Kapten@ Mudir mereka.
3. Saya minta isteri tanyakan untuk berjumpa dgn Kapten dan الحمدالله mereka izinkan.
4.
Bagitahu pada Kapten kita perlukan extension untuk family kita yg
berada Di Qatar ni.انشا الله dia akan menulis sesuatu di comment dan dia
akan sign di passport kita tu.
5. Kapten akan suruh kita pergi kekaunter semula untuk ambil nombor
dan lalui prosedur seperti biasa. Di kaunter reception tekan "visa
extension" dapat nombor tunggulah giliran anda~ sedang menunggu dari
pukul 1342 dan sekarang sudah pukul 1520. Isteriku berpesan kedong puasa
tok bykkan amalan beristighfar dan lain2. Jazza Kallah sayang atas
pesanan itu .
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.