Cadang Cadangan

Assalamualaikum,
"Saya memberi cadangan pada diri saya untuk sambung belajar di OUM untuk intake Jan 2011 ini"-"Cadangan ditutup" sahut saya sendiri.

Nampak macam pelik tapi itulah antara kronologi yang berlaku pada diri saya 2 hari lepas.Selepas perbincangan pendek dengan rakan-rakan senior mereka memberi reaksi positif antaranya Zahid (syeikh) dan Omar "Lelaki Kebendaan".Yang lebih best lagi "my super booster" juga memberi yang amat positif dan mengujakan siapa lagi kalau bukan isteri tercinta Umie Abi dan Daiyan.

Ada pro dan  kontranya bagi pekerja offshore macam saya ni  dan setelah memikirkannya  saya nekad untuk mendaftar  insya Allah dalam tempoh cuti ini.

Seperti biasa apa yang di minta pihak "U" perlulah disediakan oleh kita sebagai bakal pelajar....Alamak mana pulakla saya simpan transcript diploma "Chemical Engineering" ni.Nak kena tanya Puan Penasihat mana dia simpan (Alhamdulillah ada isteri yang cermat bab simpan menyimpan ni).
Elementary Principles of Chemical Processes
Antara buku rujukan yang di guna pakai masa ambil diploma dulu-pinjam Musa Bakri punya


Cabaran hidup akan terus datang bertali arus dan terpulang bagaimana untuk kita menanganinya.
al-Quran dan Sunnah lah jalan terbaik untuk seluruh umat manusia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?