Minggu Yang Sibuk

Assalamualaikum,
Akhir-akhir ni saya sibuk sikit dengan komitmen kerja dan “upgrading job gred”.Macam macam perkara yang perlu diselesaikan,Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang di rancang dan tak dirancang (bertambah lancar).

Baru-baru ni saya ada terbaca blog mengenai law of attraction,sebenarnya saya dah lama dengar pasal buku ni tapi malas nak cakne sangat jadi iapun berlalu mengikut waktu dan hasilnya saya pun tak dapat apa-apa tapi tak rugi apa-apa jugakkan?Menarik memang menarik dan apa yang dipraktikkannya memang relevan dengan daya apa yang dipanggil pemikiran positif atau dalam kata lainnya bersangka baik.

Sebagai orang islam saya akur dengan qada’ dan qadar Nya dan berpegang teguh pada prinsip “Allah takkan megubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri merubahnya”-nak hurai lebih-lebih saya bukan ahlinya jadi saya fahamkan dari Ahlinya dan guna untuk kebaikan bersama.
Apa yang saya buat sekarang adalah tumpukan dengan test dan assessment yang ada dan cuba sehabis baik untuk habiskan task yang berkaitan.Syukur isteri amat memahami dan sentiasa menyokong dengan bertanya khabar dan ambil tahu tentang progress berkaitan.

Saya pun menanam sifat positif dalam diri yang test ini senang dan boleh dihabiskan secepat mungkin.Apa yang penting saya dapat formula yang amat hebat dalam hidup ini dan mendapatnya secara reality iaitu Sempatkan masa untuk Allah nescaya Allah lebih-lebih lagi menyempatkan diriNya untuk kita.Maksud saya disini dengan amalan-amalan sunat seperti Dhuha,Rawatib,Hajat dan lain-lain.Jika tidak diperoleh sekarang akan tiba masanya kelak anda akan memperolehnya.

Setakat ni dulu untuk masa ni sebab tak sihat sikit,tekak rasa sakit dan tulang dagu macam nak krem,sakit bila nak menelan tapi suhu badan masih normal.Ubat dah telan 2 biji dan minum air banyak-banyak seperti di saran doktor peribadi.Lepas ni apa nak buat?Rehatla dah maklum demamkan...
Niela ubat yang saya telan...telan ubat lagila jawabnya.Bismillah...




End of text from PM9

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?