Sekolah dan Persekolahan di Qatar 2



Assalamualaikum,
Bertemu semula...
 Saya nak bercerita pengalaman menyekolahkan anak sulong saya Adam ke English Modern School Al Wakrah.Owh yer anak kedua saya juga akan mejalani temuduga untuk memasuki sekolah ini pada hari ini. Tolong doakan " Jika ini terbaik untuk beliau, permudahkanlah jika tidak jauhkanlah dan pertemukan yang bermanfaat untuknya". Amin.



http://umieabi.blogspot.com/
Anak ke 2
  Perkara pertama adalah berkenaan dengan kesediaan untuk sekolah menerima bilangan pelajar baru dan diikuti dengan pengisian borang untuk kemasukan. Yuran temuduga dikenakan Qr 250.00 ~ Bayar cash yer semasa dipanggil untuk temuduga.Tak ade yang percuma. Sediakan gambar passport anak, salinan resident permit (RP) dan mukadepan passport ibu bapa dan perkara-perkara yang dimaklumkan dalam borang tersebut. Hantar dan tunggu panggilan untuk di temuduga.
http://umieabi.blogspot.com/
Borang permohonan.
  Anak sulong kami berjaya dan diterima masuk ke EMS dan panggilan masuk adalah mengejut, so dalam dok terkejut kami bersyukur dia dapat kesekolah tapi memang kelam kabut dibuatnya sbb kita kena sediakan uniform yang sepatutnya untuk dia. EMS mempunyai kedainya tersendiri dimana kita boleh membeli pakaian yang berkaitan, harganya menangis keluar air hidung  disamping "advances fees" seperti resit berikut. Simpan resit ni untuk claim dengan syarikat yang membiayai persekolahan anak-anak. Satu peringatan penting adalah semua dokumen yang melibatkan kelim mengelim dengan mana-mana agensi di Qatarni hendaklah mempunyai salinan untuk kemudahan anda. Kadang-kadang saya terdengar berlaku kehilangan resit berkaitan dan dengan selamber badak mereka menelefon kita dan memberitahu resit tiada dalam doikumen dan sila sediakan salinan baru....Haaaaa mana nak cari masa tu. Paling kurangpn ambil gambar macam ni dan boleh nampak no rujukan.



http://umieabi.blogspot.com/
Resit advance fees.
Ini pintu depan sekolah anak kami.Untuk tahun 2014 dah jadi pintu belakang.
http://umieabi.blogspot.com/
Rindu sekolah katanya ~ Diambil semasa cuti musim panas.

Lokasinya dari google maps.


Uish...laparla pulak.
Insya Allah nanti sambung untuk sekolah-sekolah yang lain pula yang berhampiran di sekitarnya.

Ulasan

  1. assalamualaikum.

    terima kasih atas perkongsian. nak tanya selalunya untuk ujian kemasukan selalunya soalan jenis apa yang ditanya? & berapa lama proses dari masa register hingga dapat panggilan kemasukan tu?

    tq in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada gred/year. Kalau setakat KG1@KG2 soalan basic sahaja seperti membentuk garis lurus,sambung titik menjadi objek dan memegang pensil.
      Untuk gred yang lebih tinggi soalan-soalan mathematic,alpbhabet,dan english akan ditanya.

      Padam
    2. Masa atau tarikh permohonan untuk kemasukan perlu berhubung dengan sekolah, dan akan disusuli dengan panggilan interview. Jika berjaya, kemasukan adalah bulan September.

      Padam

Catat Ulasan

Any Comment?Just write up.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride