Menunggu Hari

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Baru-baru ni adala berjalan sekejap ke program kerajaan negeri di lapangan terbang lama di Bintulu.Memang sesak dengan orang yang datang samaada nak cuci mata,buat duit dan macam2 lagi.Aku pergi juga tapi buang duit huhuhu..
Takdela saja gurau,aku sebenarnya pergi cari set selepas bersalin untuk bini aku di sana kot ada tetapi hampehnya terasa bila mengetahui yang banyak di jual adalah  barang2 makan sahaja.Kuat betul orang bintulu makan.(jgn marah).
Yang menarik perhatian aku adalah booth Perhubungan Awam Negeri dan Bintulu Developement Authority sebab memang di hias cantik dan amat berinformasi.

Booth JPJ aku lawat juga,adala pegawai tu terangkan pada kami cara mengesan kereta potong,peratusan tembusan cahaya tinted yang di benarkan dan sebagainya.Point yang aku ingat ialah :
1.Penghadang matahari (ala bahagian atas kat cermin depan kereta) yang dibenarkan ialah 20% daripada tinggi (height) permukaan cermin.
2.Tembusan cahaya yang di benarkan adalah 70 % bagi setiap kenderaan awam.Orang kenamaan dan berduit dia tak cerita la plak : )
3.Setiap cermin kereta dah ada @ didesign supaya gelap sikit.Maksudnya,korang tampal tinted yang kedai cakap JPJ lepas punya dan tambah yg memang dah di buat pengeluar(biasanya 10% ) = KORANG KENA SAMAN : (     -Part paling tak best.

Apapun terima kasih kepada pegawai tersebut.

Jadi tujuan utama tak tercapai aku dan family pun dah nak pergi ke tempat yg di yakini menjual barang tersebut .Terjumpa pulak sepupu bini aku dengan suaminya di tapak ekspo .Anakmya, mak ai sihat semacam  kalah anak aku.Body si anak ikut frame bapak dia kot  "Negeri di Bawah Bayu" mari.

Setelah minta diri kaki terus ke New Wolrd.Alhamdulillah berjumpa...inila dia dengan rega RM 355 tunai.

Yang sedang menuggu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride