Menunggu Hari 4

Assalamualaikum,
Bersua tulis lagi hari untuk minggu ke 2 saya dan keluarga di Bintulu.Isteri belum bersalin lagi dan masih di sebelah saya buat masa ni bersama putera kami Adam Darwisy.Isteri tersayang dalam keletihan mungkin masa makin hampir untuk bersalin kali ke 2.Insya Allah di permudahkan olehNya.
Hari ni isteri minta beli air tin,jadi sebelum Sembahyang Jumaat tadi sempatla belikan untuk dia.Puas dengan apa yang dia dapat kot di buatnya bubur pedas-lazimnya di Bintulu,pada bulan puasa memang dah menjadi salah satu menu untuk berbuka dengan benda alah ni.
Bercerita pasal menu ni ada jugala saya rujuk orang lama-lama untuk persediaan bagi penyediaan menu untuk orang berpantang lepas bersalin.Minta maaf cakapla tak semua saya ikut terutamanya kes-kes makan nasi dengan ikan bilis sahaja.Saya rasa sayur-sayur dan daging berkhasiat juga perlu dalam memberikan mineral dan zat  dalam membantu proses "pemulihan" si isteri.
Kebanyakan menu saya ambik dari buku yang di beli isteri saya masa mengandungkan anak pertama kami.Alhamdulillah memang berguna buku tersebut apatah lagi bagi saya ianya sebagai persediaan mental untuk isteri yang kali pertama nak bersalin.
Saya nak mengulas tak reti sangat tapi yang pasti kami beli di kedai Popular.Muka depan macam dalam gambar kat bawah ni berkulit tebal dan harganya saya tak ingat.


Dalam dok menunggu kelahiran orang baru rupanya anak kami Adam ni baru tumbuh gigi.Patutla asyik buat perangai rupanya dia tak selesa.Yela bak kata orang lama-lama "demam nak tumbuh gigi" tapi Alhamdulillah Adam tak demam.Sampai sekarang gigi dia masih "bertumbuhan" pada bahagian bawah pulak. Nenek dia kata manja sebab nak dapat adik... entahla. 








    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride