Menunggu Hari 2

 

Assalamualaikum,
Hari ni dah Jumaat semula,sesetengah kata kiamat hari Jumaat mcm bos aku dok cakap klau kebetulan dia cakap pada "Morning Meeting"-Sesungguhnya orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati.
 Bercerita pasal semalam aku dan  isteri adala lawat hospital dan tanya sekali lagi pasal GL dari ING dan macam biasa hospital jawab "sik ada" (tiada la).Aku call ING skali lagi dan mereka akan re faxs...dan malangnya tiada output dari mesin faxs mereka.
 Aku dah berangin satu badan nak marah tapi nasib baik bini aku pujuk aku dgn beli waffle kat hospimart walaupun amat mahal hahahaha.Yala ujian naksambut umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
Aku terpikir jugak nak salahkan siapa erk....yala sifat tak bagus yg wujud-nak salahkan orang.Akhirnya aku terkedu dan beristifar sendiri.
 Lepastu adik ipar aku pun datang dengan suaminya tanya progress.Aku just senyum jela cakap belum selesai lagi.Owh lupa nak bagitau yang aku datang dengan mereka skali tadi sebab mereka ada urusan berkenaan dengan their little princess "Arishya Hanna" uiii nak eja pun boleh tahan,anak buah aku dan sepupu anak2 aku nanti.
 Tanpa menunggu lama aku pun ajakla balik terus kerumah (dekatje rumah pun dgn hospital,x sampai 7 minit naik kereta)  dan dengan tidak di sangka2 datangla courier  dari syarikt  f***x yang isinya GL dari ING.Kehkeh cepat dan lancar jugak services diaorang ni.Maksudnya di sini apa yang PENTING ? BERSABAR. 
  Ops sebelum terlupa pada sesapa yang nak hantar isteri bersalin ke hospital kerajaan,terutamanya orang macam aku yang non goment servant, ni adalah rate dia Kebetulan dia pamer jadi rasanya tidak salah kalau aku snap dan publish untuk pengetahuan ramai dan persediaan poket kita.Merancang juga adalah disuruh dalam Islam sebagai contoh kisah Nabi Allah Yusuf.

Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti dikatakan Nabi Yusuf,
“Kecuali sedikit untuk kamu makan.” (Surah Yusuf, ayat 47)
Baginda juga memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta
simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama pada masa kesulitan.
Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf yang berdasarkan petunjuk Allah
SWT kepadanya, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan
dapat mengatasi satu malapetaka besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride