12 Rejab ,1431 (24/6/2010)


Hari  menyedihkan buat rakan-rakan aku dulu apabila berita salah seorang dari kami Allahyarham Raymee bin Abdullah Makmur telah awal menemuiNya , yang Maha Kuasa.Tapi sebagai saudara kami  redho dengan pemergianya  yang di sebabkan kompilasi jantung dan paru-paru.Tuhan amat sayangkannNya dan tidak mahu dia sakit lama.Sakitnya di pendam sahaja walau untuk pengetahuan keluarganya.(Aku tidak pasti samaada disembunyikan atau dia sendiri tidak tahu berkenaan penyakit itu)
Allahyarham merupakan seorang yang periang dan amat mudah didekati,bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu,dan menjadi “talian hayat” kepada persahabatan kami semua walau dimana kami berada.
Penggantinya belum tentu ada tapi diharap dengan pemergiannya jugalah persahabatan kami senua akan bertambah utuh…….   
Aku dah tak tahu nak tulis apa dan aku agak terkilan tak dapat bersama beliau untuk saat-saat terakhir.Al-fatihah untuk Allahyarham Raymee dan semoga di cucuri rahmatNya dan di permudahkan urusan di alam kubur dan menuju ke Syurga abadi, amin ya Rabbal a’lamin.
  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride