Menunggu Hari 3

Hari ni bini aku berurut sebab semalam pergi jumpa doktor dia cakap "adik" dalam perut songsang.Dr tue ada cakap jangan pergi berurut takut mencederakan bayi.Saya bukan nak melawan doktor tu tapi berdasarkan pengalaman yg cetek ni  kita boleh juga cuba cara tradisional untuk jadikan kaedah perubatan asalkan ianya tidak menyalahi syarak.
Selepas berbincang, bini saya pun setuju dan pagi tadi Alhamdulillah dah siap.Di "buka ruang" sedikit untuk anak bergerak@berpusing kata Makcik Tipah (bidan anak kami yang pertama).Insya Allah jika diberi kemudahan olehNya isteri akan bersalin normal.
Bercakap pasal Dr tue mengingatkan saya  semasa kami ke KPJ specialist Hospital di Kuantan.Dr perempuan tu ada cakap yang pakar perubatan "sepertinya" tak percaya pantang larang orang2 melayu.Awak boleh makan apa saja yang awak nak makan.Terngiang-ngiang juga kata2 doktor tue di telinga saya sampai hari ini.Disebabkan isteri yakin (Dr tue di yakini Melayu) dia bedal air tebu dan hasilnya isteri mengalami sedikit pendarahan.Saya sebagai  suami memangla terkejut sangat sebab isteri berkeadaan mengandung.
Lepas  kejadian tu barula teringat kata2 Dr pakar O&G di Bintulu "Apa yang orang Melayu pantang you pantang saja ok"   dalam pelat cina nya.Hah satu pengajaran untuk kami sekeluarga.Apa yang di pantang masyarakat Melayu ada sebabnya dan akibatnya kerana ianya berdasarkan pengalaman,pemerhatian dan kebanyakan dapat di buktikan secara saintifik dan ada maksud tersiratnya tersendiri.Saya tak salahkan bini sebab bini Bukan Melayu,yang salah diri sendiri sebab Melayu taknak ikut petua dan pantang larang Melayu.Doktor bangsa lain pun ikut petua orang Melayu.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride